Di Brainly, terdapat empat jenis carta pencapaian:
- Harian
- Mingguan
- Bulanan
- Umum
Setiap daripadanya ditetapkan berdasarkan mata yang diperoleh dalam tempoh tertentu.
- Carta Harian, Mingguan, dan Bulanan membandingkan jumlah mata yang dikumpul setiap hari, minggu dan bulan mengikut urutan.
- Carta mingguan diperbaharui pada tengah malam antara hari Ahad dan Isnin, carta bulanan diperbaharui pada tengah malam antara hari terakhir pada bulan tersebut dan hari pertama bagi bulan seterusnya.
- Carta umum pula tidak mempunyai julat masa kemaskini. Ia memaparkan bilangan mata yang terkumpul dalam tempoh 3 bulan terdekat pada bila-bila waktu anda menyemaknya.
Setiap carta disemak setiap minit, jadi anda boleh memantau perkembangan anda secara langsung!